3 Tips Pemilihan Pakaian Mengikut Tubuh Badan Anda
- By Zolace
- Sep 13, 2017
- 1 min read
1. Bentuk Segi Tiga atau ‘Pear’
Bentuk tubuh ini adalah bentuk yang biasa dimiliki oleh seorang wanita. Bahagian pinggul adalah lebih besar daripada bahagian dada. Sekiranya anda tergolong dalam bentuk tubuh ini, berikut adalah tips pemakaian yang sesuai untuk anda:
Pilih pakaian yang mempunyai pelapik bahu yang kecil/tanpa pelapik agar bahagian bahu kelihatan lebih luas. Ini adalah penting untuk mengimbangi bahagian pinggul yang besar.
Elakkan memakai skirt labuh dan blaus yang terlalu labuh agar anda tidak kelihatan lebar. Pemakaian jaket bersama skirt atau seluar yang ketat di bahagian pinggul hendaklah dielakkan.
2, Bentuk Segi Tiga Terbalik
Bentuk tubuh yang turut menjadi idaman para wanita. Wanita dengan bentuk tubuh seperti ini mempunyai bahagian atas badan yang lebih besar daripada bahagian bawah. Berbeza seperti mereka yang mempunyai badan berbentuk segi tiga biasa, pemakaian di bahagian atas perlu diminimumkan. Berikut adalah tips pemakaian yang tepat untuk wanita dengan bentuk tubuh ini:
Pilih skirt yang bergaris A, bertekstur garang dan juga corak bergaris mendatar untuk menyeimbangkan bentuk tubuh. Anda juga disarankan menggunakan seluar labuh/palazzo
3. Bentuk ‘Hour Glass’ atau Jam Pasir
Satu bentuk tubuh idaman setiap wanita dan boleh dikategorikan sebagai bentuk badan yang sempurna. Wanita dengan bentuk tubuh ini mempunyai ukuran dada dan pinggul yang hampir sama ataupun dalam kata lain adalah seimbang. Perbezaan di antara ukuran pinggang dengan dada dan pinggulnya adalah lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) kecilnya. Untunglah sekiranya anda mempunyai bentuk tubuh seperti ini kerana anda boleh memilih apa-apa sahaja pakaian serta fesyen kegemaran dan masih tampak menawan dan jelita. Untuk menyerlahkan lagi bentuk tubuh yang sempurna itu, pakailah pakaian dari jenis fabrik yang lembut dan beralun. Dari segi pemilihan warna pula, kebanyakan warna adalah sesuai.
Commenti