top of page
Search

5 Tips Pilih Corak Baju Agar Kelihatan Lebih Cantik

  • By Cotton Ville
  • Sep 13, 2017
  • 2 min read

1. Bertubuh besar (gemuk). Jika badan anda gemuk, jangan risau sebab pepatah baru mengatakan "Gemuk is awesome!". Orang berbadan besar atau gemuk ini memang sentiasa menghadapi masalah dalam pemilihan baju. Warna paling selamat dan ideal untuk golongan awesome ini adalah warna yang sedikit gelap. Anda kena pilih corak yang menegak (vertical) dan corak bunga yang agak kecil untuk menampakkan ilusi badan yang langsing. 2. Bertubuh kurus. Ada orang kata orang kurus ini senang sahaja nak pilih pakaian. Pergi sahaja kedai atau butik, semua sudah tersedia. Tinggal pilih sahaja. Pendapat ini kurang tepat kerana tak semua pakaian sesuai dipakai. Orang kurus kena pilih pakaian yang berwarna cerah dan mempunyai corak melintang (horizontal) untuk menampak ilusi badan besar. Jika memilih kain untuk dijadikan baju kurung, pilihlah yang bercorak bunga besar supaya nampak lebih berisi. 3. Tubuh bentuk epal. Jika anda mempunyai tubuh seperti ini pilihlah warna baju yang nampak neutral atau gelap. Cuba elakkan dari memakai baju bercorak agak cerah atau menyerlah di bahagian atas badan. 4. Tubuh bentuk buah pear. Individu yang mempunyai tubuh berbentuk buah pear, biasanya akan kelihatan lebar dibahagian bawah (pinggang ke bawah). Untuk mengelakkan tumpuan yang lebih dan tidak seimbang, elok memakai baju yang berwarna cerah dan terang supaya nampak lebih seimbang dibahagian atas dan bawah. 5. Tubuh berbentuk jam pasir (ramping). Rasanya ramai yang menginginkan bentuk badan seperti ini. Ia kelihatan seimbang dari semua sudut bahagaian badan. Semua baju yang dipakai pun mesti nampak cantik. Untuk kelihatan lebih cantik dan berkeyakinan, individu yang mempunyai bentuk badan seperti ini harus memilih corak baju dan warna yang sederhana sahaja. Saiz badan bukanlah masalah utama. Yang penting adalah kita harus bijak dalam menentukan warna dan corak pakaian agar nampak sesuai dan menawan. Betul tak?


 
 
 

Recent Posts

See All

Comments


LET'S TAKE IT TO THE NEXT LEVEL!

#TAGS

© 2023 by Annabelle. Proudly created with Wix.com

bottom of page