top of page
Search

Penjagaan Kain Cotton Supaya Tahan Lebih Lama

  • By Cotton Ville
  • Sep 13, 2017
  • 1 min read

1. Basuh

Langkah terawal yang perlu anda lakukan kepada kain Cotton yang baru dibeli ialah basuh dulu. Sebaiknya menggunakan cucian tangan. Untuk basuhan kali pertama, sebaiknya asingkan fabrik Cotton daripada dicuci bersama pakaian lain kerana kain baru lazimnya akan turun warna. Ini normal. Ia mungkin berpunca daripada faktor jenis kain, pewarna atau bahan kimia tambahan yang digunakan.

Cucian ini juga bertujuan menyingkirkan kanji pada kain. Anda boleh menggunakan apa jua jenis sabun serbuk ataupun cecair. Tetapi elakkan daripada menggunakan detergen yang mempunyai bahan peluntur.

Biasanya, kain Cotton yang dibasuh pada kali pertama akan mengecut (shrink) sedikit. Bagi mengekalkan saiz fabrik, saya galakkan anda cuci menggunakan air bersuhu sejuk atau biasa.

2. Rendam

Selepas melalui proses cucian, rendam sebentar gentian tekstil Cotton dengan bahan pelembut fabrik macam Softlan, Downy atau Comfort Ultra supaya tekstur kain lebih lembut dan lebih wangi. Kemudian, bilas.

Penggunaan bahan pelembut fabrik juga membantu mengurangkan kadar kedutan kain dan memudahkan proses menggosok.

3. Jemur

Sebelum sidai, kibas dahulu kain Cotton agar teksturnya tidak berkedut dan jemur di kawasan redup. Hamparkan kain Cotton di ampaian dengan cara mengalihkan bahagian bercorak ke bawah. Kaedah ini memastikan warna yang dicetak di atas fabrik ini tidak pudar. Usah lupa sepit setiap hujung kain dengan penyepit baju. Takut terbang ditiup angin.

Jika anda menggunakan mesin pengering (tumble dryer), elakkan daripada membiarkan kain Cotton kering sepenuhnya. Sebaliknya, keluarkan ia sementara masih lembab dan jemur supaya ia kering secara semulajadi.


 
 
 

Recent Posts

See All

Comments


LET'S TAKE IT TO THE NEXT LEVEL!

#TAGS

© 2023 by Annabelle. Proudly created with Wix.com

bottom of page